Saturday 25 February 2012

TESTIMONI

Al Baghdadi adalah sebuah konsultan bumiputera yang giat mengendalikan program Transformasi Pendidikan Al-Quran menerusi Kursus Pengajaran & Pembelajaran Al-Quran Teknik AL-Baghdadi kepada lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.
Bersumberkan pengalaman hampir 10 tahun dalam pendidikan Al-Quran, dimantapkan lagi dengan teknik kontemporari menggunakan Pendekatan SAS (mengenali dan menyebut kalimat secara Struktur, Analisis dan Sintesis) berserta Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), Teknik Al-Baghdadi berjaya menarik minat ramai dan menjadikan Pendidikan Al-Quran lebih inovatif, efektif dan futuristik. Lebih menarik suasana pembelajaran amat menyeronokkan.

Al Baghdadi turut menampilkan beberapa modul program menerusi Kursus Asas Teknik Al-Baghdadi, Kursus Perunding sebagai syarat menjadi Guru/Usahawan Teknik AL-Baghdadi, Kursus Pendidikan Teknik Al-Baghdadi Pra Sekolah, Kem Smart Quran (KSQ) untuk remaja, Bengkel Tajwid, Kelab Al-Baghdadi (Kelas Pemulihan Al-Quran Dewasa dan Kanak-kanak) & Latihan Teknik serta siri taklimat di mana-mana.
Alhamdulillah, Teknik Al-Baghdadi telah mempermudahkan tugas para pengajar Al-Quran di kelas-kelas pengajian dan mencetuskan keceriaan di kalangan pelajar/peserta. Berdasarkan testimoni, program ini mendapat sambutan memberangsangkan sejak mula diperkenalkan pada Mei 2009. Setakat ini lebih 9000 peserta telah mengikuti kursus ini terdiri dari kalangan guru-guru, pensyarah, warga kerja, ibu bapa, mahasiswa, pelajar, remaja dan termasuklah kanak-kanak, yang dijalankan di seluruh negara.